Monday, October 4, 2010

Lagu Insan Dan Manikam, M.Nasir

Ya insan yang hadir
Dengarkan semua
Ku isytiharkan dengan hati terbuka
Ya insan yang daif
Insaflah semua
Manikam yang di sangkakan
Bukan yang asli
Hanya seiras dan serupa
Ya insan yang hagas
Awasilah semua
Maya yang indah
Ada kudisnya
Jangan terpedaya

Angin yang membawa berita
Pancaindera yang memang lemah
Mudah terkeliru

Pak tua menangis sendiri
Mengenangkan nasib diri
Walaupun puas mencari
Namun belum ketemui
Cik Buyung riang selalu
Damai dan senang hati
Walaupun tak berusaha
Dia ketemui

Dia ketemui
Apa dicari
Dia ketemui
Yang abadi
Dia ketemui

Alam yang membawa cerita
Pancaindera yang memang lemah
Mudah terkeliru

Lagu KepadaMu Kekasih, M.Nasir

KepadaMu Kekasih
Aku berserah
Kerana ku tahu
Kau lebih mengerti
Apa yang terlukis di cermin wajahku ini
Apa yang tersirat di hati
Bersama amali

KepadaMu Kekasih
Aku bertanya
Apakah Kau akan menerimaku kembali
Atau harus menghitung lagi
Segala jasa dan bakti
Atau harus mencampakku ke sisi
Tanpa harga diri

Hanya padaMu Kekasih
Aku tinggalkan
Jawapan yang belum ku temukan
Yang bakal aku nantikan
Bila malam menjemputku lena beradu

KepadaMu Kekasih
Aku serahkan
Jiwa dan raga
Jua segalanya
Apakah Kau akan menerima penyerahan ini
Apakah Kau akan menerimaku
Dalam keadaan begini

Monday, April 12, 2010

Lorong Engku Aman 230310

3a) Tema bagi sajak 'Lorong Engku Aman' yang dikarang oleh Mansuri S.N ialah tentang kemodenan dan perubahan-perubahan yang mengikutinya dalam sebuah tempat dan masyarakat.

b) Perubahan-perubahan yang dialami oleh Lorong Engku Aman adalah perumahan-perumahan yang rendah sudah kini dibangunkan sehingga mecakar langit. Ini jelas dilihat di rangkap pertama baris empat.

'Perumahan yang tinggi mecakar'.

Keluarga-keluarga juga semakin kecil akibat polisi kerajaan yang menggalakkan hanya dua anak dalam setiap keluarga. Bukti terdapat daripada rangkap kedua baris tiga dan empat.

'Anak rancangan keluarga
Dua cukup sempurna'

Dalam sajak ini, ia juga menerangkan tentang perubahan-perubahan dalam kehidupan para manusia sebab kemodenan tempat dan masyarakat itu, orang di situ lebih sibuk dalam hal-halnya sehingga hanya mengangguk dan senyum apabila bertemu satu sama lain. Bukti terdapati daripada rangkap ketiga baris satu hingga empat

'Bicara tak bersuara
Bertemu cukup angguk
Semua dinamis semua sibuk
Urusan ya urusan negara'

c) Dalam cerpen 'Lorong Engku Aman', penyajak menunjukkan sifat prihatin terhadap perubahan-perubahan dalam sebuah masyarakat. Dia mengatakan tenetang ketinggian perumahan ini dan melihat perbezaan daripada zaman dahulu dengan zaman moden. Bukti terdapat daripada rangkap pertama baris tiga dan empat.

'Zaman-zaman mula segar
Perumahan yang tinggi mecakar'

Kedua, dia prihatin terhadap perbezaan antara saiz keluarga zaman dahulu dan zaman moden. Pada zaman dahulu, ramai keluarga mempunyai banyak ahli keluarga, terutama anak-anaknya. Ada pula yang melebihi sepuluh anggota. Kini, kerajaan masyarakat mengalakkan hanya dua orang anak. Ini dilihat di rangkap dua baris empat.

'Dua cukup sempurna'

Ketiga, penyajak ingin mengetengahkan tentang isu betapa sibuk orang menjadi sebab kemodenan masyarakat. Mereka terlalu sibuk dan kesempitan masa sehingga tidak berbual dengan jiran ataupun saudara-mara jika mereka bertemu. Ini terbukti daripada rangkap tiga baris satu hingga empat.

'Bicara tak bersuara
Bertemu cukup angguk
Semua dinamis semua sibuk
Urusan ya urusan negara;'

Juga, penyajak mahu menjelaskan tentang adat seseorang. Dia amat kecewa yang adat sudah hampir lesap daripada kehidupan manusia. Dia mahu pembaca tahu yang adat sangat mustahak dalam kehidupan kita kerana ia menunjukkan betapa sopan kita adalah apabila berinteraksi bersama orang lain. Bukti ada pada rangkap empat baris satu hingga empat

'Hidup jadi padat
Buang yang mengikat
Adat yang menjerat
Di sini tidak mendapat tempat'

Justeru, sebab penyajak mahu menunjukkan yang dia prihatin terhadap isu-isu seperti dikatakan adalah kerana dia amat kecewa terhadap sikap dan budi manusian yang angkuh. Walaupun perubahan-perubahan seperti perumahan yang kini mencakar langit memanfaatkan, yang pentingnya adalah cara manusia berhubung dengan satu sama lain serta budi dan adat. Tanpanya, banyak kemungkinan ia akan menjejas generasi masa depan.

Wednesday, March 24, 2010

Analisis Sastera

4a) Jamal seorang yang prihatin terhadap keputusan anak-anaknya. Die mahu anaknya cemerlang daripada segi akademik. Ini dapat ditunjukkan di baris pertama iaitu ' "Kenapa tak lulus ni, Adli?" tanya Jamal kesal. ' Ini bermakna yang Jamal mengambil berat tentang keputusan anaknya lalu mengambil peluang untuk bertanyakan mereka tentang keputusannya.

Dia juga bersikap tegas semasa medapat tahu akan keputusan anaknya. Kemungkinan dia kecewa akan kegagalan anaknya sehingga berasa marah dan berbual bersama mereka dengan nada yang tegas. Ini terbukti di baris tujuh ' "Ini pun satu. Banyak merah. Tak lulus. Kira-kira tak lulus," sergah si ayah.' Perkataan 'sergah' menunjukkan yang Jamal memang tegas. Sebabnya dia bersikap begitu ialah untuk menekankan anaknya untuk belajar keras dalam pelajaran mereka.

Walaupun dia mahu yang terbaik daripada anak-anaknya, Jamal tidak bertanggungjawab atas keperluan anaknya di sekolah. Bukti terdapat daripada baris lima dan baris lapan iaitu ' "Ayah tak mahu sain," kata Jamal lalu melemparkan buku kecil itu ke tanah.' dan ' "Buku kira-kira Aliza ayah belum beli," sahut Aliza tertahan-tahan.' Ini menunjukaan yang Jamal sanggup memarahi dan meminta anaknya untuk cemerlang dalam pelajarannya walaupun dia tidak memberikan alay pembelajaran yang diperlukan oleh mereka serta tidak mempersiapkan sekitaran pembelajaran yang baik untuk anak-anaknya.

Jamal juga seorang yang panas baran. Dia cepat marah dan memarahi anaknya dengan teruk walaupun mereka hanya gagal dalam peperiksaannya. Ini jelas dilihat daripada baris tiga dan empat iaitu ' "Banyak yang merah. Tak lulus Bahasa Melayu? Apa nak jadi? Bodoh. Banyak main saja?" tengking Jamal dengan lantang.' Ini membuktikan yang dia sanggup maki anaknya walaupun mereka sudah berasa pilu akibat kegagalan mereka.

4b) Asiah berasa sungguh ceria terhadap orkid yang ditanamnya. Walaupun bunga itu baru ditanam, ia sudah pun mula berbunga dalam jangka masa yang pendek. Dia melayan tumbuhan itu seperti kepala anak kecilnya dengan mengurut-urut kuntum bunga yang baru menjulu itu. Bukti terdapat daripada " mengurut-urut kuntum bunga yang baru menjulur itu bagaikan mengurut kepala anak kecilnya."

4c) Jamal melafazkan ungkapan itu kerana di kecewa terhadap keputusan anak-anaknya di sekolah. Kedua-dua anaknya, Aliza dan Adli , gagal banyak mata pelajarannya dan ini dapat dilihat di baris tiga dan tujuh iaitu ' "Banyak yang merah. Tak lulus Bahasa Melayu? Apa nak jadi? Bodoh. Banyak main saja?" tengking Jamal dengan lantang.' dan ' "Ini pun satu. Banyak merah. Tak lulus. Kira-kira tak lulus," sergah si ayah.'

Sebab kedua ialah Jamal berasa yang dia tidak melaksanakan tugasnya sebagai seorang ayah dengan betul kerana dia tidak memberikan yang terbaik kepada anaknya dan memarahi mereka pula. Bukti terdapat di baris lapan iaitu ' "Buku kira-kira Aliza ayah belum beli," sahut Aliza tertahan-tahan.' Sebaliknya, Jamal patut memberi nasihat kepada anaknya untuk menaikkan moral mereka dan memberikan alat-alat dan buku yang diperlukan oleh mereka.

Dia juga rasa yang anaknya sudah mula bersikap kurang ajar terhadapnya sehingga menjawab balik apabila dia memarahinya. Bukti terdapat di baris sembilan iaitu ' "Diam! Kecik-kecik dah pandai menjawab," sembur Jamal dengan keras.' Ini menunjukkan yang Aliza sudah tiada hormat terhadap orang tuanya dan mungkin di masa hadapan, dia tidak akan berskipa sopan santun.

Sebab yang terakhir ialah dia risau yang Adli akan memalukan masyarakatnya kerana telah gagal Bahasa Melayunya. Ini jelas dilihat di baris tiga hingga empat ' "Banyak yang merah. Tak lulus Bahasa Melayu? Apa nak jadi? Bodoh. Banyak main saja?" tengking Jamal dengan lantang.' Jamal juga risau jika dalam masa hadapan, Adli akan terus gagal dalam Bahasa Melayu dan mencemarkan nama keluarganya.

Sunday, January 25, 2009

~Perbincangan Ringkas

Pantun Peribahasa


Pantun Nasib


Pantun Budi


Dari: cikgumanaf.blogspot.com

Pantun Berkait

Pantun berkait ini tentang Sir Stamford Raffles.

Burung belibis di atas lantai,
Buah rambai dalam padi;
Tuan Raffles orang yang pandai,
Tahu sungguh mengambil hati.

Buah rambai dalam padi,
Lazat cita pula rasanya;
Pandai sungguh mengambil hati,
Serta dengan budi bahasanya.

Lazat cita pula rasanya,
Jeruju dengan durinya;
Serta dengan budi bahasanya,
Setuju pula dengan isterinya.

Jeruju dengan durinya,
Di tepi jalan orang berlari;
Setuju pula dengan isterinya,
Seperti bulan dengan matahari.

Dipetik dari Karya Agung Pantun Melayu 2001

Struktur Pantun

Irama: Ghazal
Tajuk: Pulau Pisang

Pulau pisang rumah api, ]
Pedoman kapal belayar malam; ] -rangkap pertama dan kedua(pembayang)
Sebelum ajal berpantang mati, }
Walau tercampak lautan dalam } -rangkap ketiga dan keempat(maksud)

Pedoman kapal belayar malam,
Sarat bermuat buah keranji;
Walau tercampak lautan dalam,
Tidak lupa segala janji.

Saya juga mempelajari yang sebuah pantun yang bagus mempunyai antara 8 hingga 12 sukukata di setiap rangkap. Rangkap yang satu dan ketiga berima sama dan rangkap dua dan keempat berima sama. Seperti di atas, api berima dengan mati dan malam berima dengan dalam.