Sunday, January 25, 2009

~Perbincangan Ringkas

Pantun Peribahasa


Pantun Nasib


Pantun Budi


Dari: cikgumanaf.blogspot.com

Pantun Berkait

Pantun berkait ini tentang Sir Stamford Raffles.

Burung belibis di atas lantai,
Buah rambai dalam padi;
Tuan Raffles orang yang pandai,
Tahu sungguh mengambil hati.

Buah rambai dalam padi,
Lazat cita pula rasanya;
Pandai sungguh mengambil hati,
Serta dengan budi bahasanya.

Lazat cita pula rasanya,
Jeruju dengan durinya;
Serta dengan budi bahasanya,
Setuju pula dengan isterinya.

Jeruju dengan durinya,
Di tepi jalan orang berlari;
Setuju pula dengan isterinya,
Seperti bulan dengan matahari.

Dipetik dari Karya Agung Pantun Melayu 2001

Struktur Pantun

Irama: Ghazal
Tajuk: Pulau Pisang

Pulau pisang rumah api, ]
Pedoman kapal belayar malam; ] -rangkap pertama dan kedua(pembayang)
Sebelum ajal berpantang mati, }
Walau tercampak lautan dalam } -rangkap ketiga dan keempat(maksud)

Pedoman kapal belayar malam,
Sarat bermuat buah keranji;
Walau tercampak lautan dalam,
Tidak lupa segala janji.

Saya juga mempelajari yang sebuah pantun yang bagus mempunyai antara 8 hingga 12 sukukata di setiap rangkap. Rangkap yang satu dan ketiga berima sama dan rangkap dua dan keempat berima sama. Seperti di atas, api berima dengan mati dan malam berima dengan dalam.

Glosari Sastera

Glosari Sastera 1
View more presentations or upload your own. (tags: sastera o)

Glosari Sastera 2
View more presentations or upload your own. (tags: sastera o)

Glosari Sastera 3
View more presentations or upload your own. (tags: sastera o)


Dari : www.cikgumanaf.blogspot.com

Friday, January 9, 2009

Pantun-Pantun

Pada kelas hari Khamis, Cikgu Manaf memainkan lagu Seri Siantan dan yang lain lagi. Liriknya adalah...

Rangkap satu:

Pucuk pauh delima batu
Anak sembilang di tapak tangan
Biarpun jauh beribu batu
Hilang di mata, di hati jangan

Rangkap Kedua:

Kalau tidak selendang bali
Serindit makan kelapa mudah
Kalau tidak kenang sekali
Kenang sedikit ada lagunya

Selepas semua lagu didengar, saya berasa lebih tertarik kepada liriknya dan iramanya. Pada dulunya, seperti yang dikatakan oleh Cikgu Manaf, ramai pelajar tidak berminat dengan lagu- lagu tersebut. Malah selepas mendengarnya, saya berasa begitu asyik untuk lebih memaham lirik dan makna lagu itu.

Kemudian, kami diarah untuk mencari satu contoh 4 jenis pantun iaitu pantun kanak-kanak, nasihat, peribahasa dan adat.

Pantun kanak-kanak...

Burung nuri burung dara,
Terbang ke sisi taman kayangan,
Cubalah cari wahai saudara,
makin diisi makin ringan


Belon

Asal: http://klasik.blogmas.com/2007/10/03/pantun-kanak-kanak-teka-teki/

Pantun nasihat...

Tengahari pergi mengail
Dapat seekor ikan tenggiri
Jangan amalkan sikap bakhil
Akan merosak diri sendiri


Asal: http://nurafaz.wordpress.com/2007/10/06/koleksi-pantun-nasihat-3/

Pantun Peribahasa...

Berakit-rakit kehulu
Berenang-renang ke tepian
Bersakit-sakit dahulu
Bersenang-senang kemudian


Asal: http://penyair.wordpress.com/2007/06/21/pantun-peribahasa-2

Pantun adat...

Menanam kelapa di Pulau Bukum
Tinggi sedepa sudah berbuah
Adat bermula dengan hukum
Hukum bersandar di Kitab Allah


Asal: http://penyair.wordpress.com/2007/11/29/pantun-adat/